PERMAI Jordan
PERMAI Jordan
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • TAKWIM
  • LEMBARAN PERMAI
  • HUBUNGI KAMI
  • More
    • UTAMA
    • TENTANG KAMI
    • TAKWIM
    • LEMBARAN PERMAI
    • HUBUNGI KAMI
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • TAKWIM
  • LEMBARAN PERMAI
  • HUBUNGI KAMI

Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI)

Pengenalan

PERMAI adalah singkatan bagi Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid, sebuah organisasi yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di Universiti Yarmouk dan Universiti Sains dan Teknologi Jordan. Dasar PERMAI adalah menyatu dan menjaga kebajikan mahasiswa Malaysia Irbid melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.


Sejarah penubuhan PERMAI adalah bermula pada tahun 1996M bersamaan 1417H, iaitu tahun penubuhan PERMAYA sebagai asas permulaan sejarah mahasiswa Malaysia di Irbid sebelum ditukarkan secara rasminya kepada PERMAI pada tahun 2004.


Dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan serta Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) yang merupakan penasihat kehormat.


Visi PERMAI

"Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"


Antara objektif PERMAI adalah melahirkan mahasiswa berilmu, beriman, bertaqwa, berketerampilan, professional dan cemerlang dari sudut duniawi dan ukhrawi. Mewujud, mengerat dan memantap ikatan serta membajai suasana ukhuwwah islamiah sesama ahli supaya jauh daripada sentimen yang merosakkan, berusaha meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik, memantapkan akhlak dan sahsiah diri ahli serta membentuk minda thaqofah yang positif dalam diri ahli melalui program dan aktiviti yang bersesuaian.


Mengambil berat kebajikan ahli merangkumi hal ehwal kebajikan, penempatan, kesihatan dan hal ehwal pembelajaran serta berperanan sebagai saluran rasmi antara ahli dengan pihak-pihak yang berkaitan.


PERMAI Berhikmah, Santuni Mahabbah.

Dasar PERMAI 2022/2023

PERMAI Dinamik

Keluarga PERMAI

PERMAI Dinamik

Membawa sistem pentadbiran PERMAI ke arah yang lebih professional dan sistematik.

SELANJUTNYA

PERMAI Intelek

Keluarga PERMAI

PERMAI Dinamik

Melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek akademik dan intelektual serta pembudayaan ilmu.

SELANJUTNYA

Keluarga PERMAI

Keluarga PERMAI

Keluarga PERMAI

Ke arah membina sebuah suasana harmoni dalam komuniti melalui penekanan aspek kebajikan dan ukhuwah serta biah solehah.

SELANJUTNYA

Ucapan Dasar Presiden

Bismillahirrahmanirrahim

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن واله .

قال رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي أما بعد ; 


Terima kasih saudara pengerusi sidang.


Yang dihormati, saudara Ikram bin Masiri. Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan PERMAI Kali Ke-20. Barisan AJK Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PERMAI Kali Ke-20. Yang diraikan, sahabat seperjuangan PERMAI 21/22 yang baru sahaja mendarat setelah satu sesi mengemudi PERMAI ke awanan sana. Yang dikasihi, keluarga baharu PERMAI sesi 22/23 yang bakal memikul tugas serta saudara dan saudari perwakilan sekalian.  


Assalamualaikum WBT. 


Alhamdulillahh, marilah sama-sama kita rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta rahmat-Nya, dapat sama-sama kita berkumpul pada hari ini, mengusul, berbahas serta menyumbangkan idea buat PERMAI yang kita cinta.


Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,  

Lihatlah ke lantai sirah, ketika mana Rasulullah SAW mentadbir bumi Madinah dengan mengasaskan piagam Madinah yang menjadi tunjang pentadbirannya yang adil lagi saksama. Oleh itu, mengambil iktibar daripada ikutan Nabi Muhammad SAW, kami barisan PERMAI sesi 2022/2023 bersetuju untuk merangka 3 dasar utama sebagai pembawaan kami pada sesi kali ini iaitu: PERMAI Dinamik, PERMAI Intelek dan Keluarga PERMAI.  


Dasar yang pertama di bawah lembayung kata PERMAI Dinamik. Dinamik membawa maksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membawa pembaharuan dan kemajuan. Pada dasar ini, kami mensasarkan dua capaian utama iaitu Professional dan Sistematik tidak lain untuk membawa sistem pentadbiran PERMAI ke arah yang lebih baik. Profesionalisme ini dapat dicapai melalui pelaksanaan mesyuarat penanda aras bersama persatuan-persatuan luar yang bakal diadakan bagi berkongsi dasar pembawakan dan corak pentadbiran, serta pelaksanaan Majlis Hi-Tea MKB yang bertujuan untuk membincangkan hala tuju dasar PERMAI secara dua hala.


Selain itu, pemerkasaan portal PERMAI sebagai PERMAI One Stop Centre yang bersifat komprehensif juga dilaksanakan bagi memudahkan ahli PERMAI mencari dan mendapatkan sebarang maklumat serta informasi secara berpusat. Pemantapan E.P.P turut diberi penekanan dalam mengemaskini dan mendokumentasi polisi dan protokol PERMAI. Selain itu, professional juga dapat dicapai melalui penerapan 'input output' secara teori dan praktikal di dalam bengkel Pengurusan dan Organisasi PERMAI (BOS) serta pembudayaan 3 bahasa dalam teks pengerusi majlis program mega PERMAI.


Seterusnya, capaian kedua yang mewakili aspek sistematik. Di bawah capaian ini, kami berhasrat untuk menubuhkan Unit Analisis dan Data di bawah JSU PERMAI yang bertugas menganalisis bakat, kemampuan dan akademik ahli serta menyelaras pemilihan nama ahli jawatankuasa bagi mengelakkan lambakan jawatan pada satu-satu ahli.  Konsep 'PUSKOM abad ke-21' juga diterapkan melalui penambahbaikan sistem sewaan aset PERMAI dan penguatkuasaan peraturan penggunaan PUSKOM.


Selesai dasar yang pertama, izinkan saya berpindah kepada dasar kami yang kedua bawah kata kunci PERMAI INTELEK. Di bawah dasar ini kami ketengahkan 2 aspek utama iaitu Akademik & Intelektual serta Pembudayaan Ilmu. Bagi capaian pertama, kami melihat pemerkasaan Akademik ini dapat dicapai melalui pelaksanaan program Ziarah Nahnu Maakum bagi mereka yang berkeperluan dalam aspek akademik. Di samping itu, sistem tutor juga akan dimantapkan melalui Tamkin Tutor bagi memastikan kemenjadian tutor dalam membantu akademik mahasiswa. Seterusnya, inisiatif mewujudkan Anugerah Khas Lompatan Saujana turut dilaksanakan bagi mahasiswa yang berjaya menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dalam akademik. Barisan mentor mengikut qisim juga akan diwujudkan sebagai medium interaksi mahasiswa berkaitan hal ehwal akademik.


Seterusnya, aspek pembudayaan ilmu. Kami melihat suasana pembudayaan ilmu dalam kalangan ahli PERMAI dapat dihidupkan melalui pemerkasaan daurah-daurah ilmu dan diskusi-diskusi intelek dengan mengetengahkan tajuk-tajuk yang sinonim dalam pembangunan modal insan mahasiswa serta konsep integrasi ilmu sebagai wasilah untuk melahirkan mahasiswa yang lebih holistik seperti Ekonomi dan Keusahawanan, Bahasa dan Kesusasteraan, Fiqh dan Ketamadunan Islam. Projek Kursus Asas Turath juga dirangka bagi memberi pendedahan awal dan ilmu berkaitan pengajian kitab-kitab turath khas buat mahasiswa baharu. Seterusnya, Hari Bahasa Arab Se-PERMAI turut diadakan sebagai inisiatif bagi memastikan mahasiswa dapat membudayakan bahasa Arab sebagai bahasa harian.


Dasar kami yang ketiga di bawah kata kunci Keluarga PERMAI. Besar hasrat kami dalam mensasarkan keluarga PERMAI ini terbina melalui usaha menitikberatkan perihal berkaitan Kebajikan dan Ukhuwah serta Biah Solehah. Kebajikan dan ukhuwah ini disemai melalui pelaksanaan Hari Jiran Se-PERMAI, kutipan tabung kilat bagi ahli PERMAI yang kehilangan anggota keluarga berstatus penyara keluarga, serta kutipan nus linnas yang akan disalurkan ke dalam tabung Taawun. Seterusnya, Jaulah HEWI PERMAI turut dilaksanakan sebagai medium khas bagi merapatkan ukhuwah antara mahasiswi PERMAI. Mengambil kira kebajikan dari aspek kesihatan mental ahli, PERMAI juga membawa satu inisiatif dalam menyediakan medium khidmat nasihat 'PERMAI kan Ada' melalui emel secara 'broadcast'.


Ahli PERMAI yang saya kasihi, Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri. Kerana itu, kami letakkan capaian kedua di bawah dasar Keluarga PERMAI iaitu Biah Solehah. Kami melihat biah solehah ini dapat disuburkan dengan pemerkasaan medium Liqa’ Iman khusus bagi akhawat, Gegar Subuh khusus bagi syabab dan pemerkasaan Academy of Nuqaba khusus bagi memperkukuh kemenjadian usrah. Pembentukan muslimah sejati juga dapat direalisasikan melalui program Kempen Nisa Haularrasul dan Perkongsian Inspirasi Muslimah. Demi mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan komuniti PERMAI, program Bicara Santai Adabul Ikhtilaf diwujudkan bagi memberi pendedahan tentang adab-adab berinteraksi dalam berbeza pendapat. 


Hadirin sekalian, Alhamdulillah selesai kupasan ketiga-ketiga dasar. Tidaklah dasar-dasar ini dirangka melainkan disertai dengan sebuah harapan yang besar dalam bersama kita membangun sahsiah dan modal insan mahasiswa MUSLIM kelas pertama.


 Justeru, semua yang telah direncanakan tidak dapat tidak, perlukan sokongan dan partisipasi kalian dalam kita memastikan gerak kerja ini dapat dilaksanakan hingga ke akhirnya. Doakanlah perjalanan barisan PERMAI sesi 22/23 sepanjang satu sesi ini dipermudahkan dan diberi taufiq serta hidayah dalam setiap gerak dan langkah. 


Di kesempatan ini, sukacita saya maklumkan bahawa penasihat bagi PERMAI sesi 22/23 ialah Saudara Muhammad Muzakkir bin Mohd Mohtar dan Saudari Nisreen Humaira' binti Mohamad Redzuan.


Sebelum saya mengakhiri, izinkan saya berpantun sedikit.


Pohonan kuini elok dijaga, 

Di laman rumah ranting bercambah, 

Dasar harmoni laksana keluarga, 

PERMAI Berhikmah Santuni Mahabbah.  


Sekian, assalamualaikum WBT.

Ahli Majlis Mesyuarat

PRESIDEN

KETUA HEWI

KETUA HEWI

Muhammad Muzzammil bin Ahmad Nor

KETUA HEWI

KETUA HEWI

KETUA HEWI

Nurul Nabilah binti Nor Azman

TIMBALAN PRESIDEN

TIMBALAN NAIB PRESIDEN

TIMBALAN KETUA HEWI

Wan Mohd Hafiz bin Wan Hilmi

TIMBALAN KETUA HEWI

TIMBALAN NAIB PRESIDEN

TIMBALAN KETUA HEWI

Zahrotul Jalwa' binti Azhar

NAIB PRESIDEN

TIMBALAN NAIB PRESIDEN

TIMBALAN NAIB PRESIDEN

Nabil Firdaus bin Bah Ruddin

TIMBALAN NAIB PRESIDEN

TIMBALAN NAIB PRESIDEN

TIMBALAN NAIB PRESIDEN

Balqis 'Aqilah binti Che' Zahari

SETIAUSAHA AGUNG

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

Adib Mu'azzam bin Abdul Razak

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

Nurul Amirah binti Rahim

BENDAHARI AGUNG

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

TIMBALAN BENDAHARI AGUNG

Muhammad Kamar Hazim bin Che Hamzah

TIMBALAN BENDAHARI AGUNG

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

TIMBALAN BENDAHARI AGUNG

Aina Mufidah binti Rahimi

PENGERUSI JKK PEMBANGUNAN MINDA DAN KENDIRI

TIMBALAN PENGERUSI JKK SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KEBAJIKAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK PEMBANGUNAN MINDA DAN KENDIRI

Muhammad Adib bin Mohd Saulihin

TIMBALAN PENGERUSI JKK PEMBANGUNAN MINDA DAN KENDIRI

TIMBALAN PENGERUSI JKK SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KEBAJIKAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK PEMBANGUNAN MINDA DAN KENDIRI

'Izzatul Akmal binti Othman

PENGERUSI JKK SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KEBAJIKAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KEBAJIKAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KEBAJIKAN

Muhammad Danish bin Khairul Faiz

TIMBALAN PENGERUSI JKK SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KEBAJIKAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KEBAJIKAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KEBAJIKAN

Nur Nadiah binti Md Khardee

PENGERUSI JKK KESELAMATAN DAN PENEMPATAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK KESELAMATAN DAN PENEMPATAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK KESELAMATAN DAN PENEMPATAN

Muqri bin Othman

TIMBALAN PENGERUSI JKK KESELAMATAN DAN PENEMPATAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK KESELAMATAN DAN PENEMPATAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK KESELAMATAN DAN PENEMPATAN

Nurin Hanis binti Jamaludin

PENGERUSI JKK PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

TIMBALAN PENGERUSI JKK KESELAMATAN DAN PENEMPATAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

Ahmad Mu'az bin Kamaruzaman

TIMBALAN PENGERUSI JKK PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

TIMBALAN PENGERUSI JKK KESELAMATAN DAN PENEMPATAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

Nur 'Aisyatulhusna binti Sabaruddin

PENGERUSI JKK EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

Muhammad Faris bin Mohd Nor

TIMBALAN PENGERUSI JKK EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

TIMBALAN PENGERUSI JKK EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

Nur Aisyah Wahida binti Mohd Maliki

  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • TAKWIM
  • HUBUNGI KAMI

PERMAI Jordan

Copyright © 2022 PERMAI Jordan - All Rights Reserved.

Powered by GoDaddy Website Builder

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept