Please reach us at permai_jordan@yahoo.com if you cannot find an answer to your question.
Antara punca bagi program defisit ialah:
1. Sasaran sumbangan luar tidak tercapai.
2. Kecuaian AJK program.
Oleh hal yang demikian, tindakan yang akan diambil oleh Jabatan Perbendaharaan PERMAI (JPP) sekiranya berlaku defisit akan merujuk kepada puncanya.
Bagi solusi di atas,
1. AJK program akan diminta untuk mencari dana dengan inisiatif daripada pihak mereka sendiri seperti membuka jualan dan permohonan kepada syarikat-syarikat dan individu yang layak dimohon.
2. Selepas permohonan dilakukan dan masih tidak mencukupi, maka JPP akan menampung baki jumlah perbelanjaan yang diperlukan atas persetujuan daripada Ahli Majlis Tertinggi PERMAI.
Selain itu, tindakan awal juga telah diambil oleh JPP iaitu dengan meneliti anggaran belanjawan sebelum meluluskan kertas kerja sesuatu program.
AJK program juga akan diminta untuk menjalankan program berdasarkan dana yang telah dianggarkan dan bajet yang sedia ada. Selain itu, pihak AJK juga dinasihati untuk melakukan back-up plan sekiranya sasaran dana tidak tercapai.
Akhir sekali, pihak JPP juga akan sentiasa up-to-date dengan pihak program berkaitan kewangan.
Sekian, terima kasih.
Waktu qarar ini adalah cadangan peraturan yang terbaik bagi menangani situasi keselamatan di jordan dan telah diadakan sejak dahulu lagi. Sebagai persatuan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli, keputusan ini dibuat secara umum untuk kemaslahatan semua ahli.
Bagi pelajar yang merasakan keselamatan mereka terjamin dan terjaga daripada segala bahaya untuk keluar pada waktu tersebut, maka dibenarkan dan keselamatan di atas tanggungjawab individu tersebut. Pihak KP tidak meletakkan satu kayu ukur yang tetap untuk seseorang itu boleh keluar dari rumah sama ada ke program persatuan mahupun keluar untuk study di luar sehingga larut malam.
Walau bagaimanapun setiap program persatuan yang dijalankan melebihi waktu qarar, murakib akan disediakan untuk membantu menghantar peserta akhawat yang akan pulang ke rumah. Tanggungjawab mencari murakib ini adalah diletakkan sepenuhnya kepada pengerusi mesyuarat atau pengarah program.
Kesimpulannya, ahli PERMAI yang ingin keluar selepas waktu qarar dibolehkan sekiranya urusan itu mustahak, dijamin selamat dan akan pulang bermurakib.
Tujuan kami hanya post segala video yang ada hanya di platform Youtube adalah kerana kami ingin menghidupkan semula youtube. Jadi pihak kami beranggapan bahawa dengan hanya memuat turun di youtube maka semua penonton dapat ‘memaksa’ diri untuk ke platform Youtube untuk menonton video tersebut dan secara tidak langsung mampu meraih jumlah 'subscribers' yang ramai dan seterusnya menjadikan platform Youtube sebagai pendapatan sampingan kepada PERMAI dalam jangka masa 2-3 tahun yang akan datang.
Copyright © 2023 PERMAI Jordan - All Rights Reserved.
Powered by PermaiJordan
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.