Majlis Mahasiswa Yarmouk

Switch to desktop Register Login

Cara Pengiraan GPA & CGPA

 

 

Berikut adalah merupakan cara-cara untuk pengiraan,

1. Mu’addal Fasal (Pointer Satu Semester)
2. Mu’addal Tarakumi (Pointer Tahun Pengajian)

 

 

.......

 

 

 

A) Klasifikasi peratus yang ditukar ke bentuk pointer (untuk kegunaan di Malaysia)

 

80-100 (A & A+) = 4.00

75-79 (A-) =3.67

70-74 (B+) =3.33

65-69 (B) =3.00

60-64 (B-) =2.67

55-59 (C+) =2.33

50-54 (C) =2.00

47-49 (C-) =1.67

44-46 (D+) =1.33

40-43 (D) =1.00

 

 

B) Mu’addal Fasal

 

1st : Tukar markah yang diperoleh kepada pointer base 4.

Contoh :

Lughah 91% - 4.00

English 79% - 3.67

Matematik 80% - 4.00

Sains Hayat 70% - 3.33

 

2nd : Darabkan pointer tadi dengan credit hour.

Contoh : 

Lughah - 4.00 x 3hours = 12

English - 3.67 x 3hours = 11.01

Matematik - 4.00 x 3hours = 12

Sains Hayat - 3.33 x 3hours = 9.99

JUMLAH : (12 + 11.01 + 12 + 9.99) = 45

 

Kemudian, bahagikan dengan jumlah keseluruhan credit hour = 45 / 12 = 3.75

Maka, GPA untuk sem tu adalah 3.75.

 

 

C) Mu’addal Tarakumi

 

1st : Jumlahkan semua hasil tambah pointer x credit hour setiap fasal.

2nd : Bahagikan dengan hasil tambah semua credit hour yang diambil.

 

Contoh :

Sem 1 (kiraan awal di atas) -12 crdt hr. ; 45

Sem 2 (andaian) – 16crdt hour ; 59.02

Sem 3 (andaian) – 18 credit hour ; 70.02

JUMLAH : 174.04

 

Kemudian bahagikan dengan jumlah credit hour : 174.04 / (12+16+18) = 3.78

Maka pointer yang terkumpul untuk tahun itu adalah 3.78.

 

 

 

 

Unit Multimedia & Publisiti MMY 13/14 © Hak Cipta Terpelihara.

Top Desktop version